Tingkat kecekapan menembak

Tingkat kecekapan menembak

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Dalam usaha melengkapkan anggotanya dengan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam acara menembak, Jabatan Penjara mengadakan Pertandingan Akhir Kemahiran Menembak Antara Institusi-institusi Jabatan Penjara 2016 di Galeri 1, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garrison, Daerah Tutong hari ini.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai Kanan Lelaki yang dimenangi oleh Awang Khamis bin Juing, manakala di tempat kedua ialah Awang Salman bin Siggar dan tempat ketiga Awang Amir bin Haji Sawal.

Kategori PTB Kanan Lelaki pula dimenangi oleh Awang Hamidon bin Haji Othman, diikuti tempat kedua oleh Awang Mohd Hazmi bin Haji Mohd Sofian dan ketiga Awang Supian bin Haji Khamis. Manakala Kategori Wadar Lelaki dimenangi oleh Haji Mohd Ali bin Haji Tajuddin, tempat kedua Awang Mohd Hafiz Noorhilmizan bin Haji Ujan dan ketiga Awang Muhammad Haziq Abdur Rahman bin Abdul Wahid.

Bagi Kategori PTB Kanan Wanita pula dimenangi oleh Dayang Rohaidah binti Hassali, tempat kedua Dayang Shuarani binti Haji Ismail dan ketiga Hajah Rosni binti Kurus. Kategori Wadar Wanita pula dimenangi Dayang Rojeda binti Haji Mohamad Idris, kedua Dayang Siti Kartini binti Haji Mohd Yusof dan tempat ketiga Hajah Amreena binti Haji Ramlee.

Penembak Terbaik Lelaki, Awang Kamis ketika menerima hadiah daripada Pemangku Pengarah Penjara.
Penembak Terbaik Lelaki, Awang Kamis ketika menerima hadiah daripada Pemangku Pengarah Penjara.

Penembak Terbaik Lelaki dimenangi oleh Awang Kamis bin Juing dan Penembak Terbaik Wanita pula ialah Dayang Roheda binti Haji Mohamad Idris. Manakala VIP Pistol Berpasangan turut dipertandingkan yang dimenangi oleh Awang Ali bin Haji Rashid yang berpasangan dengan Awang Ilham bin Haji Muncul.

Pasukan Ibu Pejabat pula muncul johan keseluruhan pertandingan itu.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penjara Poh Eng Hua, jemputan khas, ketua-ketua dan timbalan-timbalan ketua pengurusan, pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

Pertandingan merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Penjara yang juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan, kecekalan dan kesediaan warganya menghadapi sebarang kemungkinan.

ARTIKEL YANG SAMA