Tingkat kefahaman mengenai ibadat haji

Tingkat kefahaman mengenai ibadat haji

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Seramai 57 pegawai dan kakitangan kerajaan menghadiri kurus pengukuhan Islam Fiqh Al-Hajj yang berlangsung di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah yang bermula hari ini hingga 6 Ogos 2015.

Kursus tersebut antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman yang betul mengenai ibadat haji dan umrah supaya ibadah itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Haji Anwari bin Haji Rawee yang menyampaikan ceramah beliau semasa kursus tersebut turut menyentuh mengenai isi kandungan kursus, pengertian ibadat haji serta perbezaan antara haji dan umrah, pensyariatan, hikmah & faedah haji serta umrah dan sunat umrah.

Di samping itu, para peserta juga berpeluang mengetahui syarat wajib haji dan umrah, syarat wakil atau mengambil upah haji dan haji bagi kanak-kanak selain mengetahui cara mengerjakan haji Tamattu’ dan perkara yang berhubung kait dengannya.

Antara peserta yang mengikuti kursus pengukuhan Islam.
Antara peserta yang mengikuti kursus pengukuhan Islam.
Haji Anwari ketika menyampaikan ceramah beliau semasa kursus tersebut.
Haji Anwari ketika menyampaikan ceramah beliau semasa kursus tersebut.

Dengan adanya kursus ini, Pusat Dakwah Islamiah berharap ia dapat memberi pengalaman, mengkaji pengetahuan dan meningkatkan kefahaman yang sedia ada agar dapat diamalkan dalam kehidupan serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah.

ARTIKEL YANG SAMA