Tingkat keluaran minyak 500,000 bpd sehari

Tingkat keluaran minyak 500,000 bpd sehari

DUBAI, 2 Ogos (Reuters) – Iran dijangka akan menambah keluaran minyak sebanyak 500,000 tong sehari (bpd) sebaik sahaja sekatan dibatalkan dan sebanyak satu juta bpd dalam tempoh beberapa bulan, kata Menteri Minyak, Bijan Zanganeh dalam kenyataannya yang disiarkan hari ini.

“Kami telah pun menjalankan pemasaran, dan dalam tempoh satu hari selepas sekatan dibatalkan, kami akan menambah pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari,” kata Zanganeh.

Beliau berkata pengeluaran minyak mentah Iran telah berkurangan kira-kira satu juta bpd daripada empat juta bpd di bawah sekatan itu, lapor televisyen negeri. “Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan kembali ke tahap 3.8-3.9 juta tong,” tambah Zanganeh.

“Saya telah menulis sepucuk surat kepada OPEC mengatakan sekatan sedang dibatalkan dan kami sedang kembali ke tahap pengeluaran sebelumnya,” kata Zanganeh. “Kami tidak meminta kebenaran daripada sesiapa untuk mendapatkan semula hak kami.”

Menurut satu tinjauan Reuters dalam pengeluaran OPEC, Iran menghasilkan 2.85 juta bpd pada Julai. Tinjauan Reuters bertujuan meninjau bekalan minyak mentah ke pasaran, tidak termasuk pergerakan, tetapi bukan jualan daripada simpanan.

Seorang penganalisis Reuters berkata pada Julai Iran boleh menambah pengeluaran minyaknya sebanyak 1 juta bpd dalam tempoh 12 bukan selepas sekatan dibatalkan, dengan syarat ia boleh mencari pembeli untuk minyak mentah itu.