Tingkat kemahiran bahasa melalui pementasan drama

Tingkat kemahiran bahasa melalui pementasan drama

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Nov – Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong melalui pelajar-pelajar Tingkatan Enam Bawah baru-baru ini mengadakan drama pentas ‘The Good Woman of Szechuan’.

Drama karangan Bertolt Brecht pada tahun 1941 itu mengisahkan mengenai cabaran kehidupan manusia di Wilayah Szechuan, China semasa zaman Perang Dunia Kedua serta menonjolkan kehidupan manusia yang menghadapi cabaran dan dugaan yang memberikan tekanan serta sikap masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri.

Persembahan drama tersebut disaksikan oleh pensyarah-pensyarah PTE Tutong dan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris dan General Paper (GP).

Menurut pelajar yang terlibat dalam persembahan drama ini, Dayang Najihah binti Ismail selaku pengarah dalam persembahan tersebut, beliau merasa sangat terhibur dan dapat menimba pengalaman dengan mengikuti persembahan yang diadakan itu.

Pelajar-pelajar PTE Tutong yang terlibat membuat persembahan drama ‘The Good Woman of Szechuan’ baru-baru ini.
Pelajar-pelajar PTE Tutong yang terlibat membuat persembahan drama ‘The Good Woman of Szechuan’ baru-baru ini.

Melalui drama pentas itu, ia dapat membantu serta membina keyakinan mereka dalam membuat persembahan di hadapan orang ramai dan seterusnya dapat memberi peluang untuk beliau mendalami penulisan skrip dan belajar cara-cara menjadi seorang pengarah drama.

Program tersebut juga bertujuan untuk melatih para pelajar dan guru-guru selain untuk memperkasakan guru-guru menyesuaikan diri dan menggunakan strategi drama sebagai teknik dalam pengajaran mereka kepada para pelajar.

Selain itu, ia juga memberikan ruang hiburan kepada para pelajar dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris.

Persembahan drama pentas itu merupakan salah satu aktiviti para pelajar PTE Tutong terutama bagi pelajar-pelajar mengambil subjek Bahasa Inggeris dan GP.

ARTIKEL YANG SAMA