Tingkat kemahiran dalam penulisan tesis

Tingkat kemahiran dalam penulisan tesis

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Dalam usaha untuk mencapai sasaran bagi melahirkan lebih ramai tenaga akademik tempatan yang berkepakaran dan sejajar dengan Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik (SPTA) yang sudah berjalan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Proposal Tesis Ma & Phd yang bertempat di kampus UNISSA, Gadong.

Bengkel sehari yang menyasarkan para tenaga akademik UNISSA yang sedang dalam perancangan menyediakan cadangan penyelidikan di peringkat siswazah dan doktor falsafah ini telah dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada kalangan tenaga akademik UNISSA yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan.

Bengkel juga merupakan sebagai satu platform dalam memantapkan lagi cadangan penyelidikan mereka ke arah penyediaan tesis yang lebih rapi dalam mengemukakan isu atau bidang yang akan dikaji, objektif, metodologi dan kepentingan penyelidikan.

Penganjuran bengkel merangkumi penyediaan cadangan pengajian lepas ijazah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Melayu dan Inggeris, sesuai dengan kedudukan UNISSA sebagai sebuah institusi yang menggunakan ketiga-tiga bahasa tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel dihasratkan akan dapat memberikan latihan kepada para peserta dalam penulisan cadangan, di samping menambah baik mutu cadangan yang sudah dihasilkan oleh para peserta dalam memberikan hala tuju penulisan lebih jelas terutama dalam kajian dan penulisan tesis mereka selanjutnya.

Antara tenaga akademik UNISSA yang menyertai bengkel tersebut.
Antara tenaga akademik UNISSA yang menyertai bengkel tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA