Tingkat kemahiran guru

Tingkat kemahiran guru

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seramai 50 orang guru serta pembantu guru Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) dan guru-guru Sekolah Rendah YSHHB telah menghadiri kursus Intensif Fonik yang dikendalikan oleh Islamic Management Services Sdn Bhd, hari ini.

Kursus yang diadakan di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB itu telah dikendalikan oleh penulis siri ‘Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy’, Othman bin Ahamad yang juga merupakan konsultan Fonik untuk buku teks English Year 1 and 2 daripada Readnetwork, Malaysia.

Tujuan kursus adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan praktikal tentang kaedah mengajar membaca melalui pendekatan fonik gabungan bunyi.

Kursus sehari itu merupakan salah satu program Perkembangan Profesional Tenaga Manusia YSHHB bagi meningkatkan kemahiran guru-guru di Sekolah YSHHB.

Penulis siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy mengendalikan kursus Intesif Fonik yang diadakan di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB.
Penulis siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy mengendalikan kursus Intesif Fonik yang diadakan di Dewan Kuliah Sekolah Menengah YSHHB.
Antara guru serta pembantu guru TASKA YSHHB dan guru-guru Sekolah Rendah YSHHB yang menghadiri kursus Intensif Fonik, pagi kelmarin.
Antara guru serta pembantu guru TASKA YSHHB dan guru-guru Sekolah Rendah YSHHB yang menghadiri kursus Intensif Fonik, pagi kelmarin.