Tingkat kemahiran kewartawanan

Tingkat kemahiran kewartawanan

Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang penerbitan media dan kewartawanan, Kedutaan Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan, hari ini, telah mengadakan bengkel media mengenai ‘Asas Kewartawanan dan Penulisan Naratif’ di Presidential Lounge, Hotel Antarabangsa Rizqun.

Bengkel selama sehari itu telah dikendalikan oleh Profesor Kewartawanan dari Sekolah Media dan Hal Ehwal Awam, Universiti George Washington, Dr Janet Steele dengan dihadiri oleh lebih 20 peserta yang terdiri daripada wartawan-wartawan tempatan di negara ini seperti Borneo Bulletin, Media Permata, The Brunei Times serta penulis dan penyunting dari majalah-majalah tempatan dan bloggers.

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen bersama Pegawai Hal Ehwal Awam daripada kedutaan tersebut, Dr Edward Findlay.

TYT Craig Allen berkata, pihak kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam merasa amat gembira atas kehadiran para media yang menghadiri bengkel berkenaan.

Wakil-wakil daripada Media Permata berkesempatan untuk bergambar ramai bersama TYT Craig Allen.
Wakil-wakil daripada Media Permata berkesempatan untuk bergambar ramai bersama TYT Craig Allen.
Para peserta bergambar ramai bersama warga Kedutaan Amerika Syarikat dan pengendali bengkel.
Para peserta bergambar ramai bersama warga Kedutaan Amerika Syarikat dan pengendali bengkel.
Dr Janet Steele ketika ditemu bual di bengkel itu, kelmarin.
Dr Janet Steele ketika ditemu bual di bengkel itu, kelmarin.

Bengkel ini adalah merupakan salah satu cara bagi para media untuk melibatkan diri bersama media komuniti yang ada di samping mendapatkan serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang baru daripada Dr Steele sendiri.

Dr Steel turut menyentuh mengenai prinsip-prinsip penerbitan dan kewartawanan dan juga mengenai dengan evolusi kewartawanan dari zaman dahulu sehingga zaman media digital sekarang.

Bengkel yang julung-julung kalinya diadakan itu diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Dr Edward Findlay.