Tingkat kemahiran mutu permainan bola sepak

Tingkat kemahiran mutu permainan bola sepak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fadhil Yunos

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Mutu permainan dan kemahiran dalam kalangan pemain adalah amat penting dan perlu diberikan perhatian ketika menyertai mana-mana perlawanan bola sepak.

Perkara itu disuarakan oleh Jurulatih Bawah 15, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) ketika mengulas mengenai perlawanan persahabatan bola sepak antara JIS dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan di Padang Sekolah berkenaan di Tungku Link, hari ini.

Beliau menambah “Kami memberikan perhatian kepada aktiviti latihan kemahiran, hantaran bola, kawalan bola dan kemahiran lain yang diperlukan dalam pemain bola sepak dan melihat kepada aspek pertahanan dan mendedahkan mereka kepada aspek pertahanan dalam sebagai komponen utama sesebuah perlawanan.

“Melalui perlawanan tersebut, para pelajar juga berpeluang untuk didedahkan kepada kerja berpasukan sebagai sebuah pasukan serta meningkatkan persefahaman dalam kalangan pemain bukan sahaja di dalam padang malah pada waktu persekolahan,” ujarnya lagi.

Gambar ramai barisan pemain sekolah Antarabangsa Jerudong JIS dan Pasukan Maktab Sains.
Gambar ramai barisan pemain sekolah Antarabangsa Jerudong JIS dan Pasukan Maktab Sains.