Tingkat kemahiran pelajar kuasa bidang Matematik, Sains

Tingkat kemahiran pelajar kuasa bidang Matematik, Sains

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fairview

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan dan memperluaskan ilmu pengetahuan para pelajar, Sekolah Fairview telah mengadakan Majlis Hari Matematik dan Sains di kawasan lapang sekolah berkenaan di Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnoor serta Pengarah Akademik Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Husin.

Nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ membuka tirai majlis tersebut diikuti dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Norazmi bin Haji Ahad. Acara kemudian diteruskan dengan senamrobik beramai-ramai dan disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun awal sebelum diakhiri dengan penyampaian hadiah dan kempen kebersihan di akhir majlis itu.

Telatah pelajar semasa menyertai salah satu aktiviti yang dijalankan.
Telatah pelajar semasa menyertai salah satu aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bingo, Part of plant (puzzle), Puppet show, Sound using bottles, Making rainbow, Phases of the moon, Magnet games, Dominoes, Magic square, 3d section, Maths is everywhere, Dice game, Part of the body (puzzle), Beans mosaic, The explosion, Body mass index booth, Part of the fish, Part of weather dan Guessing games.

Menurut kenyataan sekolah berkenaan, majlis diadakan bertujuan untuk menyatukan pelajar-pelajar melalui pameran, pertandingan atau permainan sama ada secara individu atau berkumpulan, selain memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dan sains melalui pelbagai aktiviti tanpa hanya bergantung kepada guru sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA