Tingkat kemahiran pelajar mereka cipta

Tingkat kemahiran pelajar mereka cipta

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Institut Teknologi Brunei (ITB), hari ini, telah merasmikan kenderaan Pahlawan II, yang dicipta oleh pelajar-pelajar ITB untuk mengikuti Pertandingan Shell Eco-Marathon Asia di Luneta Park, Manila, Filipina pada 3 hingga 6 Mac tahun hadapan.

Perasmian kenderaan versi yang dipertingkat dan lebih canggih daripada Pahlawan I itu pada majlis yang berlangsung di Dewan The Pearl, ITB, di sini, telah disempurnakan oleh Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman

Shell Eco-Marathon Asia merupakan pertandingan yang diadakan untuk pelajar-pelajar kejuruteraan di seluruh rantau ASEAN bertanding dan menghasilkan kenderaan cekap tenaga.

Pertandingan tersebut memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk membangunkan dan mereka bentuk ciptaan sendiri dan mencabar kebolehan mereka dalam menghasilkan kenderaan menggunakan sumber tenaga alternatif.

Tetamu kehormat menaburkan bunga rampai kepada kenderaan tersebut.
Tetamu kehormat menaburkan bunga rampai kepada kenderaan tersebut.
PELAJAR-PELAJAR kejuruteraan ITB mencipta kenderaan dijana kuasa bateri elektrik, Pahlawan II un-tuk menyertai Pertandingan Shell Eco-Marathon Asia pada Mac tahun depan di Manila dalam Kategori The Prototype. Kenderaan dengan kecekapan maksimum dan saiz minimum itu merupakan versi di-pertingkatkan dan lebih canggih daripada kenderaan sebelum ini, Pahlawan I dan dirasmikan hari ini di ITB. – Gambar oleh Imelda Groves HA.

Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu The Prototype, bagi kenderaan yang mempunyai kecekapan maksimum pada saiz minimum dan The Urban Concept bagi kenderaan hydrogen-electric yang diperbuat daripada bahan-bahan yang kurang impak alam sekitar dengan pengeluaran sifar sebagai pengangkutan seharian.

Tahun hadapan, ITB akan mengikuti kategori The Prototype iaitu dengan menggunakan bateri elektrik untuk menjana kuasa Pahlawan II.

Pasukan ITB yang mengikuti pertandingan itu ialah Team ONE-U, yang terdiri daripada tujuh orang pelajar kejuruteraan dan seorang penyelia iaitu Penolong Naib Canselor (Akademik) ITB, Pengiran Dr. Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pengiran Haji Mohd Yunus dari bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dan Komunikasi.

Penyertaan dalam pertandingan berkenaan telah mengajar para pelajar banyak kemahiran termasuk kerja berpasukan, kemahiran berkomunikasi, disiplin diri dan kemahiran teknikal yang lain dalam sama-sama membangunkan Pahlawan II.

Para pelajar juga menerima banyak input daripada rakan-rakan sekursus dan para pensyarah dalam proses menyiapkan kenderaan tersebut dan dengan pendedahan kenderaan berkenaan, pasukan tersebut berbangga mewakili universiti dan negara ke pertandingan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA