Tingkat kemahiran pelajari Bahasa, Sastera Inggeris

Tingkat kemahiran pelajari Bahasa, Sastera Inggeris

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Seramai 300 orang pelajar sastera dari beberapa buah sekolah menengah dan pusat tingkatan enam di seluruh negara telah menghadiri Hari Shakespeare yang dihoskan oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), hari ini.

Hari Shakespeare yang berlangsung di Auditorium Maktab Duli itu dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Kurikulum, Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi dan Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim.

Acara yang dianjurkan oleh Bahagian Bahasa Inggeris dan Sastera, Maktab Duli berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya dan relevannya mempelajari sastera Bahasa Inggeris termasuk menyediakan bantuan praktikal untuk pelajar mempelajari karya Shakespeare dalam persiapan peperiksaan sastera mereka.

Haji Abdul Rahman bersama tetamu yang lain pada acara tersebut.
Haji Abdul Rahman bersama tetamu yang lain pada acara tersebut.
Sebahagian penuntut yang menghadiri Hari Shakespeare tersebut.
Sebahagian penuntut yang menghadiri Hari Shakespeare tersebut.

Pada acara itu, pelajar berpeluang mendapat gambaran baru selain berkongsi idea dan mempelajari pendekatan yang berbeza terhadap kajian Shakespeare melalui pelbagai aktiviti dan bengkel yang dipimpin oleh guru-guru dari pelbagai sekolah.

Antara aktiviti yang memainkan peranan ialah persembahan pentas, di mana ia dapat menggalakkan sikap positif terhadap persembahan yang disampaikan dan bukan hanya sekadar belajar saja.

ARTIKEL YANG SAMA