Tingkat kemahiran pengadilan pingpong

Tingkat kemahiran pengadilan pingpong

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Sebanyak 30 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat pengajian tinggi terlibat dalam kursus pengadilan pingpong yang diadakan selama empat hari bermula 25 April lalu.

Sehubungan dengan itu, hari ini telah diadakan majlis penutup kursus berkenaan yang disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta yang terlibat dalam kursus berkenaan.

Kursus yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan itu dijayakan oleh Anthony Liew Vun Voon dan Awang Ali Rahman bin Haji Murni serta dimudah cara oleh Janey Koh Yen Yen dan Lim Han.

Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk mendedahkan undang-undang sukan pingpong mengikut undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa selain menjadi persediaan jabatan menyediakan pengadil bagi acara sukan sekolah-sekolah pada November nanti.

Antara aktiviti yang dilakukan ketika kursus itu berlangsung.
Antara aktiviti yang dilakukan ketika kursus itu berlangsung.
Awang Roslin ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
Awang Roslin ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

ARTIKEL YANG SAMA