Tingkat kemahiran pengucapan awam

Tingkat kemahiran pengucapan awam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Meningkatkan kemahiran pelajar dalam berhujah di khalayak ramai, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah hari ini mengadakan Peraduan Pidato Multimedia Peringkat Akhir yang berlangsung di auditorium maktab tersebut.

Dalam peraduan itu, muncul juara Kategori Bahasa Inggeris ialah Awang Muhammad Wazif Mateen bin Dr. Mohd Zamri diikuti oleh Melody Cho di tempat kedua dan Joshua Koh Yie di tempat ketiga.

Manakala itu, juara Kategori Bahasa Melayu disandang oleh Awang Mohammad Hisyamrul Aiman bin Haji Shahamrul, dengan Dayang Nur Ezzatul Zawani binti Hussin di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Rusydi @ Ali Rahim bin Suboh.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.

Peraduan anjuran Majlis Perwakilan Penuntut Bahagian Perhubungan Awam ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar mengetengahkan buah pemikiran mereka di hadapan penonton dan membangunkan kemahiran bercakap seperti keyakinan, penjelasan dan pembangunan berhujah yang sangat penting di dalam dan luar sekolah.

Tema peraduan pada tahun ini adalah berdasarkan kepada ETOS 5 ‘S’ yang bermakna Senyum, Salam, Syukur dan Setia, iaitu konsep penting yang dipelajari oleh pelajar maktab tersebut.

Hadir pada majlis itu Presiden Kelab Gavel, Awang Muhammad Farhan bin Haji Jafar dan Ketua Kanan Hal Ehwal Pelajar, Dayang Faridah binti Abdul Hamid serta guru-guru maktab tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA