Tingkat kerjasama antara Brunei Darussalam, India

Tingkat kerjasama antara Brunei Darussalam, India

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick.

Semasa kunjungan di Bolkiah Garisson, di sini itu kedua-dua belah pihak meluahkan penghargaan atas hubungan dua hala yang aktif di antara Brunei Darussalam dan Republik India, yang dipertingkatkan lagi dengan penandatanganan memorandum persefahaman mengenai kerjasama pertahanan bulan lalu.

Mereka juga tidak sabar untuk mengukuhkan lagi kerjasama termasuk menerusi pertukaran lawatan, latihan dan kursus-kursus bersama, serta kerjasama masa aman lain.

Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Brunei Darussalam menerima cenderamata daripada Timbalan Menteri Pertahanan.
Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Brunei Darussalam menerima cenderamata daripada Timbalan Menteri Pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan juga menyatakan harapan agar pasukan pertahanan daripada kedua-dua belah pihak dapat terus bekerjasama dalam peringkat pelbagai pihak.

Beliau menyentuh mengenai Latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan dan Perubatan Tentera ADMM-Plus yang diadakan di Brunei Darussalam pada 2013 dan meluahkan penghargaan bagi sokongan kuat India yang menyumbang kepada kejayaannya.

Beliau juga mengharapkan sokongan berterusan India bagi Latihan Keselamatan Maritim dan Pencegahan Pengganasan ADMM-Plus pada Mei 2016 ini, yang akan bermula di Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA