Tingkat kerjasama penyelidikan, akademik

Tingkat kerjasama penyelidikan, akademik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Dalam usaha untuk memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang penyelidikan pendidikan dan akademik, SEAMEO VOCTECH hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universitas Negeri Malang, Indonesia.

Menandatangani bagi pihak SEAMEO VOCTECH ialah Pemangku Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam, Hajah Noorzainab binti Haji Abdulladi yang disaksikan oleh Naib Dekan Fakulti Kejuruteraan Universitas Negeri Malang, Dr H. Ahmad Dardiri bagi mewakili pihak rektor universiti berkenaan, Profesor Dr Ah. Rofi’uddin.

Turut hadir pada majlis penandatanganan itu ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Profesional SEAMEO VOCTECH, Dr Paryono, Ketua Bahagian Kejuruteraan Awam, Dr Ir Sri Umniati dari Universitas Negeri Malang dan pegawai-pegawai kanan daripada kedua belah pihak.

Sesi bergambar ramai perwakilan dari SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam dan Universitas Negeri Malang, Indonesia.
Sesi bergambar ramai perwakilan dari SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam dan Universitas Negeri Malang, Indonesia.

Bagi mempercepatkan proses kerjasama tersebut, satu perbincangan telah diadakan sebelum ini termasuk taklimat mengenai pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau ini.

Penandatanganan itu merangkumi skop penerokaan penyelidikan bersama, pameran, persidangan, mesyuarat, kuliah dalam latihan dan TVET, pertukaran data, bahan-bahan penyelidikan, dokumentasi dan pertukaran pakar.

ARTIKEL YANG SAMA