Tingkat kesedaran amalan hidup sihat

Tingkat kesedaran amalan hidup sihat

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Penutup Jerayawara Kesihatan Mengenai Amalan Cara Hidup Sihat di Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama bagi Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 telah diadakan selama tiga hari, baru-baru ini.

Jerayawara tersebut telah melibatkan seramai 541 orang pelajar Darjah 4 dari sekolah-sekolah agama kawasan Brunei 1 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan bersama Jabatan Pengajian Islam yang bertempat di Sekolah Ugama Pusar Ulak.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sinega binti Haji Swadi, yang turut menyampaikan cenderahati kepada pihak-pihak yang menjayakan jerayawara tersebut.

Pelajar-pelajar Darjah 4 dari Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 didedahkan dengan amalan cara hidup sihat.
Pelajar-pelajar Darjah 4 dari Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 didedahkan dengan amalan cara hidup sihat.

Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Hajah Noorsiah binti Haji Md Noor dan Pembantu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Awang Osman bin Haji Ismail serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam dan guru-guru besar sekolah agama kawasan Brunei 1.

Antara matlamat dan tujuan jerayawara ini diadakan ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar mengenai cara-cara hidup sihat dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap penyakit-penyakit kronik yang dihasilkan daripada amalan permakanan yang tidak sihat melalui pameran, ceramah dan sesi soal jawab.

ARTIKEL YANG SAMA