Tingkat kesedaran caruman SCP

Tingkat kesedaran caruman SCP

SKIM Caruman Pekerja (SCP) adalah skim persaraan tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 dan dimestikan kepada semua rakyat dan penduduk tetap Brunei yang berkhidmat di sektor awam, swasta dan informal.

Mereka berkhidmat di sektor informal, pada peringkat awal diiktiraf sebagai rakyat dan penduduk tetap Brunei yang sudah berusia 18 tahun dan ke atas yang bekerja atau membuat perniagaan secara persendirian (self employed) untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan bagi diri sendiri atau pendapatan lebih.

Melalui skim ini, ahli SCP yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (anuiti) setelah mencapai umur persaraan 60 tahun untuk jangka masa 20 tahun dan dicampur bayaran pencen tua, $250 yang dihulurkan oleh kerajaan, pesara akan menerima pendapatan minimum dalam anggaran $400 sebulan.

Salah satu syarat-syarat yang ditetapkan dalam memperoleh anuiti ini, seseorang itu hendaklah menjadi ahli SCP selama 35 tahun dan juga tertakluk kepada jumlah dalam skim caruman tersebut yang mana jumlah simpanan hendaklah lebih daripada $12,000.

Dari segi pengeluaran SCP ini pula, tamat perkhidmatan 60 tahun, kita kena mohon untuk pengeluarannya, jika jumlah skim kurang daripada $12,000, pengeluaran hanya akan dibuat secara sekali gus (lump sum) dan tanggungan kos yang diterima seseorang itu untuk membiayai hidupnya hanyalah daripada gaji tuanya sahaja, manakala jika jumlah skim lebih dari $12,000, kita berpeluang menerima hasil caruman kita secara bulanan, dicampur dengan pencen tua dan anuiti (jika kena pada syaratnya).

Oleh dengan itu, nasihat saya kepada orang awam terutama daripada generasi muda belia lagi harus menyedari akan kepentingan ini kerana ianya adalah jaminan untuk bekalan di hari tua nanti. siapa tahu akan nasib kita di masa depan, renungkanlah.. bijak bertindak, beroleh kemanfaatan darinya. – Vivi

ARTIKEL YANG SAMA