Tingkat kesedaran impak cuaca melalui fotografi

Tingkat kesedaran impak cuaca melalui fotografi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Perhubungan pagi tadi telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peraduan Fotografi yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kaji Cuaca Sedunia 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad.

Peraduan yang bertemakan ‘Cuaca dan Impaknya di Negara Kita’ itu dianjurkan oleh BDMD dengan kerjasama Persatuan Jurufoto Brunei Darussalam dan Pertubuhan Fotografi Brunei Darussalam yang telah dibukakan kepada orang ramai bermula pada 23 Mac yang lalu sehingga 23 Mei. Pegawai Penyelaras dan Teknikal BDMD, Awang Shahalmie bin Haji Emran dalam ucapannya menjelaskan, peraduan ini adalah untuk menunjukkan kemahiran-kemahiran para fotografi tempatan di samping meningkatkan lagi kesedaran orang ramai akan isu cuaca dan iklim serta kepentingannya yang sering kali memberikan impak kepada individu, masyarakat dan pembangunan sosioekonomi negara.

Haji Azhar semasa menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Haji Azhar semasa menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

pg07_160728_c

Peraduan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, dengan sebanyak 48 penyertaan telah pun diterima pada tahun ini.

Majlis pagi tadi menyaksikan tetamu kehormat majlis menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan diteruskan lagi dengan lawatan ke petak-petak pameran yang telah dipaparkan oleh para peserta.

Pameran ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei selama empat hari bermula hari ini sehingga 30 Julai ini.

ARTIKEL YANG SAMA