Tingkat kesedaran isu alam sekitar

Tingkat kesedaran isu alam sekitar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) mengadakan ‘Pesta Hijau’ mereka yang pertama dengan kerjasama Majlis Hijau sebagai program kepimpinan yang dibantu oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran MDPMAMB.

Pesta Hijau MDPMAMB itu dimeriahkan lagi dengan permainan Hijau, bazar Hijau, taklimat dan pameran daripada beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO).

Tiga NGO telah dijemput bagi menyampaikan taklimat mengenai isu alam sekitar dengan taklimat pertama disampaikan oleh Awang Mohd Rimey bin Haji Osman dan Dayangku Mas Dino binti Pengiran Radin dari Earth Hour Brunei.

Di samping itu, masalah perubahan cuaca sebagai objektif utama Earth Hour mempelawa para pelajar untuk menyertai program latihan amali atau menjadi sukarelawan Earth Hour Brunei.

Para pelajar MDPMAMB mendengar taklimat mengenai penjagaan alam sekitar.
Para pelajar MDPMAMB mendengar taklimat mengenai penjagaan alam sekitar.
Dayang Izazi ketika menyampaikan taklimat bagi mempromosi persekitaran melalui pendidikan, pemuliharaan dan advokasi.
Dayang Izazi ketika menyampaikan taklimat bagi mempromosi persekitaran melalui pendidikan, pemuliharaan dan advokasi.

Taklimat daripada kumpulan ahli biologi dan ahli pemuliharaan, Bruwild pula disampaikan oleh Dayang Faidah Yahya dan Awang Fahim Ibrahim untuk membantu membina kefahaman orang ramai memulihara aset bio dan warisan alam semula jadi negara ini.

Sementara itu, Dayang Izazi binti Zaini dari Green Brunei pula menyampaikan taklimat dengan hasrat untuk mempromosi kemapanan persekitaran melalui pendidikan, pemuliharaan dan advokasi

Guru pemangkin Majlis Hijau, Dayang Kathy berkata, “Pesta Hijau ini turut menyediakan Bazaar Hijau bagi mempromosi tabiat mapan dengan menjual barangan terpakai dan menyediakan beberapa permainan menyeronokkan berunsurkan alam sekitar. “

ARTIKEL YANG SAMA