Tingkat kesedaran kebersihan mulut, gigi

Tingkat kesedaran kebersihan mulut, gigi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai kebersihan mulut kepada para ibu bapa dan juga kanak-kanak Autisme, Unit Pergigian Pediatrik, Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah mengadakan Program Promosi Kesihatan Mulut bagi kanak-kanak Autisme yang berada di Pertubuhan Learning Ladders, baru-baru ini.

Program yang dikendalikan oleh Jururawat Kanan dari Unit Pergigian Pediatrik, Hajah Normahwati binti Haji Jaafar bersama-sama dengan pasukan jururawat pergigian itu telah dihadiri oleh 17 orang kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Acara sehari penuh itu diisikan pelbagai jenis aktiviti termasuk pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak dan sesi kaunseling bagi ibu bapa serta diakhiri dengan sesi demonstrasi menunjukkan teknik memberus gigi secara berkesan dengan bantuan ibu bapa mereka yang dikendalikan oleh pasukan profesional jururawat pergigian.

Hajah Normahwati semasa mengendalikan program tersebut.
Hajah Normahwati semasa mengendalikan program tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA