Tingkat kesedaran pelajar tentang bahaya jenayah

Tingkat kesedaran pelajar tentang bahaya jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 2 Sept – Bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid sekolah akan bahayanya jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong kelmarin mengadakan taklimat Kesedaran Jenayah di Sekolah Rendah Benutan, Tutong.

Hadir bagi menyampaikan taklimat itu ialah L/Kpl 5392 Suliman bin Lahan.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Rendah Benutan, Awang Mazlee Adi Firdaus bin Haji Ramlee bersama guru-guru, kakitangan dan murid-murid Tahun 6 sekolah berkenaan. Taklimat tersebut diadakan adalah berkesinambungan dengan aktiviti dan projek Daerah Polis Tutong bagi menyampaikan taklimat kesedaran jenayah kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Antara yang hadir semasa Taklimat Kesedaran Jenayah di Sekolah Rendah Benutan, Tutong.
Antara yang hadir semasa Taklimat Kesedaran Jenayah di Sekolah Rendah Benutan, Tutong.

Adapun tujuan ia diadakan adalah untuk mengurangkan kadar berlakunya jenayah di sekolah-sekolah dan di tempat luar serta memupuk murid-murid tentang kefahaman jenayah yang boleh berlaku di mana-mana, di samping memberikan nasihat dan keselamatan kepada mereka. Turut hadir bagi mewakili Daerah Polis Tutong ialah S/Sjn 2480 Mohd Azri bin Abdullah, Sjn 3464 Mohd Baharin bin Haji Idris, W/Kpl 4899 Norziah binti Abdullah Kuncil dan Kpl 5250 Mohd Fadillah bin Mohd Jaini.

ARTIKEL YANG SAMA