Tingkat keselamatan di bandar utama Pakistan

Tingkat keselamatan di bandar utama Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 16 Dis (AFP) – Pakistan menghantar pasukan separa tentera dan polis di bandar utama hari ini tatkala ia menyambut ulang tahun pertama pembunuhan sekolah oleh Taliban yang menyebabkan 151 orang terbunuh, mengejutkan negara yang sudah pun terjejas oleh serangan hampir satu dekad lamanya.

Serangan oleh sembilan lelaki bersenjata ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan oleh tentera di barat laut bandar Peshawar, yang kebanyakannya meragut nyawa kanak-kanak sekolah, merupakan serangan pelampau paling teruk di Pakistan.

Perdana Menteri, Nawaz Sharif dijangka menghadiri satu acara di Sekolah Awam Tentera di Peshawar hari ini, bersama ketua tentera berpengaruh Jeneral Raheel Sharif dan pemimpin pembangkang Imran Khan.

“Keselamatan telah dipertingkatkan di seluruh negara dan tentera polis tambahan telahpun dihantar di bandar besar, sementara tentera separa telahpun dihantar di tempat yang dianggap sensitif,” beritahu jurucakap untuk Kementerian Dalam Negeri kepada AFP hari ini tanpa mengulas lanjut.

Tentera sedang berdiri di jalan raya utama dan persimpangan di Peshawar pada awal hari ini sebelum upacara bermula. Seorang pegawai keselamatan memberitahu AFP semalam hampir satu briged akan dihantar ke bandar.

Sekolah Awam Tentera di seluruh negara “adalah terancam,” kata beliau, terutamanya di bandar garison Rawalpindi, yang berjiran dengan ibu negara Islamabad.

Khan menggesa negara supaya bersatu padu menentang fahaman pelampau sebagai menghormati mangsa “tragedi yang tidak dapat dibayangkan itu.”

“Setahun kemudian, kami mesti menghormati kenangan mangsa APS yang terkorban dan keberanian mangsa dengan memperkukuh keazaman kami untuk menumpaskan agenda pengganas,” kata beliau di Twitter.

Daripada 151 orang yang dibunuh oleh Taliban dalam serangan selama beberapa jam, 134 adalah kanak-kanak, menurut jumlah terakhir daripada tentera.

ARTIKEL YANG SAMA