Tingkat keselamatan semasa Hari M’sia

Tingkat keselamatan semasa Hari M’sia

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat tahap keselamatan sepanjang masa termasuk semasa sambutan Hari Malaysia pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM sentiasa dalam keadaan waspada dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dan meningkatkan kesiapsiagaan di seluruh negara.

“Sama ada ancaman Daesh atau bukan, PDRM tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak,” katanya pada majlis Korban dan Aqiqah Bukit Aman di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengenai penculikan di Pulau Pom-Pom, Sabah pada 11 Sept lepas, Khalid berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua,kiri) melihat petugas Polis melakukan kerja melapah daging sempena Program Ibadah Korban dan Akikah Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman kelmarin. – Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua,kiri) melihat petugas Polis melakukan kerja melapah daging sempena Program Ibadah Korban dan Akikah Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman kelmarin. – Bernama

“Berilah kami masa menjalankan siasatan… sekiranya ada perkembangan terbaharu, kita akan maklumkan kemudian,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada Ahad lepas, tiga anak kapal nelayan di Pulau Pom Pom, Semporna diculik dipercayai oleh kumpulan ‘penculikan untuk tebusan’. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA