Tingkat keupayaan kapasiti, kemahiran

Tingkat keupayaan kapasiti, kemahiran

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Warga petugas Kompleks Rumah Kebajikan diseru untuk meningkatkan keupayaan kapasiti dan kemahiran dalam penyediaan pelbagai pendekatan yang bersifat akademik, psikologi, latihan vokasional, spiritual, tradisional atau yang reformis untuk memantapkan lagi sistem kerja yang sedia ada.

Para petugas terbabit juga perlu melaksanakan bidang tugas dengan lebih berkesan dan efisien, sekali gus memantapkan kerjasama di kalangan mereka termasuk melalui amalan bantu membantu dan kerja berpasukan, kata Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah binti Abdul Hamid semasa merasmikan Kursus Kawalan Keselamatan dan Tatacara Penjagaan bagi pegawai dan kakitangan Kompleks Rumah Kebajikan, Kampung Belimbing buat julung kalinya yang berlangsung di bilik kuliah kompleks berkenaan hari ini.

Kursus tersebut berlangsung selama tiga minggu secara berkumpulan yang disertai oleh 82 peserta dan kursus ini dijangka berakhir pada 8 Jun 2015.

Beliau seterusnya menjelaskan, usaha ini menunjukkan komitmen kerja terhadap usaha penambahbaikan perkhidmatan jabatan dalam menjalankan bidang tugas yang mencabar iaitu untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada warga yang memerlukan.

Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah menyampaikan ucapan perasmian kursus.
Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah menyampaikan ucapan perasmian kursus.

Selain menanai tanggungjawab jabatan dalam membangun dan membentuk semula modal insan supaya melahirkan aset negara yang kukuh, berakhlak mulia, berdaya maju dan berdaya tahan.

Menurutnya lagi, adalah bertepatan bagi kedua-dua jabatan untuk menjalin hubungan kerjasama dalam melaksanakan tugas penting ini di mana Jabatan Penjara selaku ‘Correctional facility’ yang mempunyai kepakaran unggul dalam pembentukan semua modal insan di negara ini.

Di samping itu ia juga merupakan sebuah institusi yang patut dicontohi atau sebagai ‘benchmark’ bagi tugas pengawalan dan penjagaan yang teratur, bersistematik dan efisien.

Katanya lagi, “perundingan dan persetujuan yang dicapai antara kedua-dua institusi ‘correctional’ ini telah menghasilkan modul kursus yang ‘tailor-made’ atau disesuaikan dengan keperluan petugas kompleks dalam memberikan penjagaan dan keselamatan optimum kepada penghuni dan residen di kompleks ini”.

Beliau seterusnya berharap, usaha sama tersebut akan dapat meningkatkan kepelbagaian atau memberi nilai tambah kepada pendekatan pemulihan atau perlindungan terhadap penghuni dan residen di Kompleks Rumah Kebajikan berkenaan.

“Melalui kursus ini, ia dapat memberi pendedahan dan melahirkan pegawai dan kakitangan berkualiti serta berkebolehan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke arah penyediaan program, pengintegrasian dan penerapan semula penghuni dan residen ke pangkuan masyarakat”, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA