Tingkat keyakinan hadapi peperiksaan

Tingkat keyakinan hadapi peperiksaan

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 24 Mei – Pasukan murid dari Sekolah Ugama Puni telah berjaya menjuarai Kuiz Ugama SSSRU yang berlangsung di Dewan Sekolah Persediaan Arab Temburong, hari ini.

Manakala itu, pasukan dari Sekolah Ugama Labu Estate dan Sekolah Ugama Amo masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Murid dari Sekolah Ugama Labu Estate, Dayang Wafa Mahirah turut memenangi hadiah murid terbaik.

Hadir menyempurnakan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Pengajian Islam Temburong, Dayang Rosita binti Haji Yaakub selaku tetamu kehormat majlis.

Pasukan pelajar dari Sekolah Ugama Puni yang menjuarai Kuiz Ugama SSSRU berkenaan.
Pasukan pelajar dari Sekolah Ugama Puni yang menjuarai Kuiz Ugama SSSRU berkenaan.

Sebanyak sembilan buah sekolah agama di daerah ini menyertai kuiz tersebut dengan tiga pasukan layak memasuki peringkat akhir, yang mana kuiz merangkumi subjek teras iaitu Fiqeh 1, Tauhid, Fiqeh 2, Tarikh, Tasauf, Tajwid dan Faraid.

Kuiz ini dianjurkan oleh guru-guru Darjah 6 sekolah-sekolah agama Daerah Temburong melalui Program Tingkat Jaya sebagai inisiatif membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun ini, di samping mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan akhir tahun dalam suasana pertandingan, selain untuk menguji kecekapan berfikir dalam masa yang singkat.

ARTIKEL YANG SAMA