Tingkat kompetensi guru teknik mengarang

Tingkat kompetensi guru teknik mengarang

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Seramai 20 orang guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) baru-baru ini mengikuti bengkel Bahasa Melayu yang diadakan di bilik ICT sekolah berkenaan.
Bengkel yang disasarkan kepada guru Tahun 1 hingga 6 itu bertujuan meningkatkan kompetensi guru mengenai teknik mengarang serta kesalahan-kesalahan bahasa dalam penggunaan seharian.

Sepanjang bengkel peserta berpeluang mengetahui perisian dalam senario dan teknik penulisan, tatabahasa dan penggunaan istilah dalam penulisan serta objektif pengajaran dan pembelajaran. Bengkel dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan di Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Ahmad bin Masrun.

Antara guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah YSHHB menghadiri bengkel berkenaan.
Antara guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah YSHHB menghadiri bengkel berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA