Tingkat kredibiliti pengadil

Tingkat kredibiliti pengadil

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seramai 16 orang pengadil yang memegang sijil AFC ‘C’ yang merangkumi 15 jurulatih tempatan dan seorang peserta dari Singapura terlibat dalam Kursus Kejurulatihan AFC ‘B’ yang bermula sejak 25 April dan akan berakhir pada 14 Mei 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di NFABD House di Berakas itu ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Haji Mohd Noor bin Haji Abdul Hamid

Turut hadir ialah Pengarah Teknikal NFABD, Mike Wong, Jurulatih bertauliah AFC, Stephen Ng serta para pengajar.

Dalam kursus tersebut, para peserta akan didedahkan kepada teori pentadbiran kursus, pengenalan kepada sistem permainan/individu, taktik berkumpulan dan berpasukan, sistem dan pergerakan otot, penjagaan kesihatan, Keperluan latihan, prinsip serangan dan pertahanan, kemahiran penghantaran bola, pembangunan dan penggunaan menyimpan bola, pembangunan dan penggunaan hantaran jauh dan individu dan permainan serangan.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta kursus.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta kursus.

Daripada segi praktikal pula peserta didedahkan kepada penilaian jurulatih pertama, kejayaan hantaran lintang, hantaran lintang dan jaringan serta kemahiran analisa pasukan yang antaranya akan menganalisis mengenai insiden Liga Super DST di antara Najib FC dan Indera FC yang juga merupakan sebahagian daripada tugasan dalam kursus ini.

Kursus berkenaan menampilkan Mike Wong dan Stephen Ng sebagai tenaga pengajar kursus.

ARTIKEL YANG SAMA