Tingkat kualiti hidup beragama

Tingkat kualiti hidup beragama

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Jun – Dalam usaha memantapkan kefahaman berkaitan hal ehwal ugama khususnya peribadatan dan amalan seharian, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait telah mengadakan Program Meningkatkan Kualiti Hidup Beragama, di Balai Ibadat Kampung Sukang Labi, di sini, baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama ahli jawatankuasa takmir Balai Ibadat Kampung Sukang itu menyasarkan kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman daerah ini.

Ia antara lain juga bertujuan bagi melahirkan masyarakat setempat yang berpengetahuan dalam beberapa perkara amalan seharian.

Menerusi program itu, para pesertanya juga diberikan bimbingan dan tunjuk ajar antaranya cara penyembelihan secara Islam, cara-cara berwuduk yang sempurna dan memahami kesempurnaan sembahyang.

Antara pengisian program memberikan bimbingan dan tunjuk ajar memahami kesempurnaan bersembahyang.
Antara pengisian program memberikan bimbingan dan tunjuk ajar memahami kesempurnaan bersembahyang.

Selain itu, mereka diberikan pengetahuan mengenali kesilapan yang sering berlaku ketika sembahyang dan melalui program itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

Bengkel berkenaan telah dibimbing oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

ARTIKEL YANG SAMA