Tingkat kualiti pembelajaran

Tingkat kualiti pembelajaran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Seramai 108 pelajar dari lima buah sekolah menengah dan maktab menyertai Kem Jati Diri 2015 anjuran Unit Akademik Jabatan Sekolah-Sekolah yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas bermula hari ini hingga 20 September.

Para peserta, 50 lelaki dan 58 perempuan, terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Rimba II, Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Perdana Wazir dan Maktab Anthony Abell. Perkhemahan yang diadakan buat kali ketiga ini, setelah kejayaan dua siri sebelumnya yang diadakan pada Ogos lalu, merupakan salah satu program meningkatkan prestasi pencapaian penuntut.

Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan peratus penuntut yang mendapat lima kredit ke atas dalam peperiksaan GCE ‘O’ Level dan akan diteruskan bagi kumpulan keempat pada 2 hingga 4 Oktober 2015 ini nanti.

Suasana ketika perkhemahan itu berlangsung kelmarin.
Suasana ketika perkhemahan itu berlangsung kelmarin.

Menurut penganjur, objektif lain perkhemahan adalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan melahirkan penuntut yang mempunyai daya siang untuk maju serta memperoleh dan membina keyakinan diri untuk berjaya.

Ia juga merupakan platform mewujudkan sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat dan memantapkan kualiti kepimpinan diri serta membawa perubahan positif kepada peserta. Selain itu, ia juga dihasratkan dapat menjana pemikiran kreatif dan positif, mewujudkan semangat kerja berpasukan serta memupuk sikap saling tolong-menolong dalam kalangan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA