Tingkat kualiti pengurusan masjid

Tingkat kualiti pengurusan masjid

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Seramai 217 orang pegawai masjid yang terdiri daripada ketua-ketua zon dan kawasan, ketua imam serta bendahari masjid di seluruh negara menghadiri sesi muzakarah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438 yang berlangsung di Dewan Serba Guna Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof,

Muzakarah ini antara lain bertujuan sebagai usaha mempertingkatkan kualiti pengurusan masjid seluruh negara di samping meningkatkan penghayatan pegawai masjid akan tugas dan tanggungjawab mereka selaku pentadbir masjid.

Sesi muzakarah yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ini adalah mengenai tanggungjawab ketua zon dan kawasan, tanggungjawab pegawai hal ehwal masjid dan pegawai masjid, peraturan tabung kewangan masjid, lantikan ahli jawatankuasa takmir masjid, pemeliharaan bangunan dan kebersihan masjid.

Antara yang hadir di sesi muzakarah tersebut.
Antara yang hadir di sesi muzakarah tersebut.

Pada majlis itu, sesi taklimat yang menumpukan kepada beberapa tajuk turut disampaikan oleh Ketua Bahagian Takmir, Haji Juflee bin Haji Mega, Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pegawai Unit Audit Dalaman di KHEU, Hajah Rosnah binti Haji Ismail dan Ketua Bahagian Riayah, Haji Azyrin bin Haji Damit.

Pada muzakarah itu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan pengerusi, Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Sesi itu diakhiri dengan penyampaian resolusi dan cadangan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan, Haji Sham bin Haji Amin.

ARTIKEL YANG SAMA