Tingkat minat Bahasa Inggeris

Tingkat minat Bahasa Inggeris

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 23 Jun – Sambutan Minggu Bahasa Inggeris (BI) di Sekolah St James, yang membawa tema “Memegang Buku Adalah Impian Kamu” diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua pelajar termasuk murid kelas Tadika.

Majlis sambutan berkenaan turut dihadiri oleh kalangan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan, bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar, ibu bapa dan warga sekolah.

Sambutan bermula dengan Kuiz Bahasa Inggeris yang diadakan di kawasan perbarisan yang baru dibina, di mana semua pelajar menengah berkumpul, dan dua pelajar yang berjaya menjawab 25 soalan yang telah diajukan menjadi pemenang.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk acara Mari Bercerita bagi pelajar bahagian rendah dan menengah, peraduan menulis cerita, mengeja, deklamasi sajak dan bermacam-macam lagi aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris,

Bagi mencungkil bakat dalam kalangan pelajar Tahun 9 dan 10, Peraduan Bahas bertajuk “Rumah ini percaya komputer lebih membahayakan daripada kebaikan” turut diadakan dan telah dimenangi oleh pihak pencadang dalam kalangan pelajar Tahun 10.

pg06_150624_a

Murid-murid Tadika memperagakan pakaian watak cerita yang mereka gemari melalui aktiviti Galeri Cerita Fantasi.
Murid-murid Tadika memperagakan pakaian watak cerita yang mereka gemari melalui aktiviti Galeri Cerita Fantasi.

Pengetua sekolah, Haji Mohd Masa Masdi bin Sa’idun dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa, sambutan itu adalah untuk meningkatkan semangat para pelajar untuk belajar dan menambah pengetahuan dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, tambahnya, ia juga untuk meningkatkan kemahiran bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris, serta meningkatkan minat dalam pembacaan buku, dan juga untuk kesedaran betapa pentingnya minat membaca dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat terutamanya para pelajar.

Sambutan bertambah meriah dengan murid-murid kelas Tadika memperagakan pakaian berwarna-warni melalui acara Galeri Cerita Fantasi kegemaran kanak-kanak seperti Alice in Wonderland, Little Red Riding Hood, Tarzan, Snow White dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA