Tingkat mutu ...

Tingkat mutu kesukanan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 19 Mac – Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta hari ini telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Brunei Darussalam Kali Ke-6 2017 di Padang Kompleks Sukan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut ialah Menteri KKBS, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Sebanyak dua kategori telah dibukakan iaitu kategori bagi senior terbuka yang mana membukakan sebanyak 34 acara sukan kejohanan belapan dan padang telah dipertandingkan dan kategori Junior yang dibukakan sebanyak 25 acara kejohanan.

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah Kategori Larian 100meter(m), 200m, 400m, 800m, 1500m, Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Lempar Cakera, Rejam Lembing, dan 4x100m.

Yang Berhormat Pehin bergambar bersama pemenang larian Kategori 100m Terbuka Lelaki.
Yang Berhormat Pehin bergambar bersama pemenang larian Kategori 100m Terbuka Lelaki.

Peserta-peserta yang menyertai antaranya ialah wakil daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara, Pasukan Daerah Belait, Pasukan Daerah Tutong, Pasukan Daerah Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB), Majlis Sukan Sekolah-sekolah, Sekolah Sukan Brunei, Kelab-Kelab Olahraga bahkan atlet-atlet dari luar negara seperti Sri Lanka, China dan Malaysia juga ikut serta.

Adapun antara tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memajukan dan meningkatkan mutu sukan olahraga di negara ini. Kejohanan tersebut merupakan projek tahunan yang mana menggalakkan atlet-atlet untuk terus berusaha dan berlatih di dalam menyiapkan diri bagi menghadapi kejohanan tersebut dan kejohanan akan datang secara berterusan.

Selain itu, kejohanan tersebut boleh menjadi landasan bagi memilih atlet-atlet yang layak untuk mewakili negara di kejohanan serantau dan antarabangsa.