Tingkat pelancongan jayakan ASEAN berpaksi rakyat

Tingkat pelancongan jayakan ASEAN berpaksi rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) – Dengan ASEAN dijangka menjana keluaran domestik kasar (GDP) AS$3 trilion menjelang 2017, terdapat peluang sebenar untuk merangsang industri pengembaraan dan mempromosi pelancongan intra-rantau, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini juga akan meningkatkan penghargaan terhadap budaya dan warisan masing-masing negara 10-anggota ASEAN.

Melancarkan saluran pengembaraan GOASEAN di Saluran 737 Astro di sini hari ini, beliau berkata: “Dalam tempoh setahun ketika rantau ini bergerak ke arahintegrasi ekonomi, tiada cara lebih baik untuk membuktikan komitmen kitadaripada sebuah platform untuk dikongsi antara satu sama lain, dan dunia yang lebih luas, semuanya begitu unik dan indah mengenai rantau kita.”

Najib mengambil perhatian bahawa inisiatif itu tidak saja mengenaipelancongan dan pengembaraan tetapi juga mengenai usaha merealisasi wawasan ASEAN berpaksikan rakyat.

“Ia sesuatu yang saya percaya cukup penting kepada rantau kita bergerak ke hadapan. Ia adalah mengenai usaha menjadikan ASEAN dan hubungan yangmengikat dalam realiti ketara untuk rakyat 10 negara kita,” kata beliau.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Pelancaran Saluran ‘GOASEAN’ di Bukit Jalil hari ini. ‘GOASEAN’ merupakan saluran pelancongan ASEAN pertama di dunia dan boleh ditonton menerusi saluran ASTRO 737 mulai hari ini. – Bernama
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Pelancaran Saluran ‘GOASEAN’ di Bukit Jalil hari ini. ‘GOASEAN’ merupakan saluran pelancongan ASEAN pertama di dunia dan boleh ditonton menerusi saluran ASTRO 737 mulai hari ini. – Bernama

GOASEAN terkenal sebagai saluran pengembaraan ASEAN pertama dunia yang memberi tumpuan kepada menampilkan keindahan semula jadi dan warisan budaya rantau ini yang begitu kaya.

Najib berkata GOASEAN merupakan contoh menarik tentang bentuk inovasi yang boleh memacu pertumbuhan, satu inisiatif yang diteruskan bagi menyediakan peluang, menarik pelaburan dan membantu memajukan bakat dan prasaranaseluruh rantau ini.

Dengan pasaran lebih 630 juta orang dan bahagian besar pengguna muda dan mahir teknologi dalam ASEAN, beliau berkata GOASEAN akan menyediakanplatform unik dengan menarik khalayak ke televisyen, saluran online dan menerusi media sosial.

Menurut beliau, GOASEAN berpotensi untuk berkembang kepada platformyang benar-benar bersifat antarabangsa dan harus mampu menunjukkan yang ASEAN adalah sebuah destinasi kompetitif di peringkat global bagi hiburan dan perdagangan, disokong oleh prasarana kelas dunia.

Beliau berpendapat manfaat dari menampilkan semua yang ASEAN dapat tawarkan tidak berakhir dengan pelancongan kerana potensi kesan sampingan adalah besar.