Tingkat pembacaan Dikir Syarafil Anam

Tingkat pembacaan Dikir Syarafil Anam

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Pasukan Sekolah Persediaan Arab Temburong dan Pasukan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ‘B’ masing-masing diumumkan sebagai Johan Peraduan Dikir Syarafil Anam dan Peraduan Membaca Rawi bagi Sekolah-sekolah Arab Peringkat Akhir Negara ke-22, hari ini.

Menduduki tempat kedua dalam Peraduan Dikir Syarafil Anam ialah Pasukan Ma’had Islam Brunei ‘C’, manakala itu, Ma’had Islam Brunei ‘A’ memenangi tempat ketiga.

Sementara itu, pemenang kedua dalam Peraduan Membaca Rawi ialah Pasukan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ‘A’ dan diikuti oleh Sekolah Persediaan Arab Temburong di tempat ketiga.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis yang berlangsung di Sekolah Persediaan Arab Perempuan, di sini, ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa di Jabatan Pengajian Islam, Hajah Mardiana binti Haji Leman.

Guru Sekolah Persediaan Arab Temburong menerima hadiah Johan Peraduan Dikir Syarafil Anam daripada Hajah Mardiana.
Guru Sekolah Persediaan Arab Temburong menerima hadiah Johan Peraduan Dikir Syarafil Anam daripada Hajah Mardiana.
Gambar ramai Johan Peraduan Membaca Rawi, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ‘B’ bersama tetamu kehormat.
Gambar ramai Johan Peraduan Membaca Rawi, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ‘B’ bersama tetamu kehormat.

Peraduan yang disertai oleh 10 pasukan, lima pasukan setiap kategori, ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kokurikulum. Peraduan Dikir Syarafil Anam dan Peraduan Membaca Rawi telah diadakan sejak tahun 1996.

Antara objektifnya adalah untuk memperkembangkan dan mengetengahkan kebolehan pelajar dalam menguasai pembacaan dan pengetahuan lagu Dikir Syarifil Anam dengan baik.

Ia juga diadakan sebagai usaha dan sokongan kepada kurikulum sekolah rendah agama dengan menekankan pelajaran amali agama di samping melibatkan pelajar dalam aktiviti kenegaraan dan majlis kemasyarakatan.

ARTIKEL YANG SAMA