Tingkat penapisan kebebasan internet

Tingkat penapisan kebebasan internet

PERANCIS, 29 Okt (Reuters) – Kerajaan di seluruh dunia sedang mempertingkat penapisan dan pengawasan Internet tatkala kebebasan Internet pada keseluruhannya merosot untuk tahun kelima berturut-turut, menurut satu laporan daripada kumpulan yang menjejak demokrasi dan hak asasi manusia.

Hampir separuh daripada 65 negara yang diperiksa telah melihat kebebasan Internet merosot sejak Jun 2014, kata Freedon House dalam tinjauan tahunan yang dikeluarkan semalam.

Salah satu kemerosotan paling teruk berlaku di Perancis, yang meluluskan satu undang-undang yang disamakan oleh kebanyakan pemerhati kepada Akta Patriot AS selepas serangan pengganas Charlie Hebdo pada awal tahun ini, menurut laporan. Laporan memaparkan China sebagai negara dengan sekatan paling teruk ke atas kebebasan Internet, diikuti oleh Syria dan Iran. Sri Lanka dan Zambia, kedua-duanya menjalani rombakan baru-baru ini dalam kepimpinan kerajaan, dipuji kerana mencatat kemajuan terbesar dalam kebebasan Internet keseluruhan.

Pengawasan kebebasan Internet dalam talian di seluruh dunia menurun bagi tahun kelima berturut-turut, menurut Freedom House. – Reuters
Pengawasan kebebasan Internet dalam talian di seluruh dunia menurun bagi tahun kelima berturut-turut, menurut Freedom House. – Reuters

Pada keseluruhannya, 14 buah negara melaksana undang-undang sejak setahun lalu untuk mengembang pengawasan kerajaan, kata laporan.

Menentang trend tersebut, Amerika Syarikat meluluskan undang-undang pada Jun yang membatalkan pengumpulan metadata telefon AS Agensi Keselamatan Negara, satu program yang didedahkan pada 2013 oleh bekas kontraktor NSA Edward Snowden.

Undang-undang baru itu merupakan satu “langkah tokokan” ke arah pembaharuan pengawasan digital, menurut penulis laporan.