Tingkat pendekatan pemulihan

Tingkat pendekatan pemulihan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 10 Sept – Seramai 29 orang pegawai dan kakitangan kerajaan yang memberikan program pemulihan di negara ini, telah berjaya menamatkan Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan Jabatan Penjara bersama Agensi-Agensi Pemulihan di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung selama lapan hari hingga hari ini.

Majlis penutupan bengkel berkenaan yang diadakan di Pusat Latihan Penjara, Jabatan Penjara telah dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Idris bin Haji Mohd Ali.

Bengkel kali ketiga yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta berinteraksi dan berkongsi idea serta maklumat dengan peserta jabatan dan agensi-agensi pemulihan yang lain mengenai kaedah terbaik dalam program pemulihan di samping dapat meningkatkan lagi kerjasama dan rangkaian kerja yang sedia ada.

Antara jabatan dan agensi pemulihan yang terlibat termasuklah cawangan Pusat Tahanan Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Kompleks Rumah Kebajikan di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Syariah, Unit Kaunseling dan Belia, Bahagian Penyebaran Dakwah di Pusat Dakwah Islamiah dan Institusi Penjara-penjara.

Bengkel yang bermula 2 September lalu itu diharap akan dapat membantu para pegawai dan kakitangan yang bertugas di bahagian pemulihan untuk meningkatkan dan mempelbagaikan lagi jenis pendekatan program pemulihan ke arah keberkesanan program pemulihan yang sedia ada serta mendatangkan kesan positif dan bermanfaat kepada penghuni dan pesalah.

Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta lelaki (atas) dan perempuan (kiri) Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan petang tadi di Pusat Latihan Penjara, Jabatan Penjara.
Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta lelaki (atas) dan perempuan (kiri) Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan petang tadi di Pusat Latihan Penjara, Jabatan Penjara.

pg07_150911_b

ARTIKEL YANG SAMA