Tingkat pengetahuan bersuci

Tingkat pengetahuan bersuci

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Bagi meningkatkan pengetahuan agama khususnya mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan bab Thaharah (bersuci), Pusat Dakwah Islamiah mengadakan Kursus Bergerak bagi Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah itu berlangsung selama empat hari, bermula hari ini hingga 29 September, bertempat di Dewan Setia Pahlawan, di kementerian berkenaan.

Kursus yang bertajuk ‘Fiqh At Thaharah (Bersuci) itu telah disampaikan oleh penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Anwari bin Haji Rawee dan telah disertai lebih kurang 30 orang peserta daripada kalangan warga lelaki dan perempuan.

Haji Anwari ketika menyampaikan Kursus Bergerak yang berlangsung di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Haji Anwari ketika menyampaikan Kursus Bergerak yang berlangsung di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Antara peserta yang hadir.
Antara peserta yang hadir.

Antara isi kandungan yang diutarakan dalam kursus berkenaan adalah, pengertian Thaharah, bahagian air dan hukumnya, najis dan cara-cara menyucikannya, bersiwak, istinjak, qada hajat, hadas, wuduk, mandi, tayamum, serta praktikal wuduk dan tayamum.

Antara lain tujuan kursus berkenaan diadakan adalah bagi menghalusi tatacara dalam wuduk, tayamum dan mandi.

Pusat Dakwah Islamiah berharap, dengan adanya bengkel ini akan dapat memberikan kefahaman, mengulang kaji pengetahuan yang ada dan meningkatkan lagi kefahaman yang sedia ada supaya dapat diamalkan dalam kehidupan di samping menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA