Tingkat pengetahuan dalam sembahyang

Tingkat pengetahuan dalam sembahyang

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan Rukun Islam kedua iaitu sembahyang, Pusat Dakwah Islamiah, hari ini, telah menganjurkan Kursus Fiqh As Shalah (sembahyang) bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Bilik Al Muhazzib, Bangunan Nurul Huda, pusat berkenaan, di sini.

Kursus yang diadakan selama empat hari sehingga 25 Ogos itu disertai oleh 50 orang peserta yang dikendalikan oleh penceramah pusat berkenaan, Haji Anwari bin Haji Rawi.

Sepanjang kursus berlangsung, Haji Anwari menyentuh mengenai pengertian sembahyang, rukun-rukun sembahyang, perkara makruh dan perbezaan lelaki dan perempuan dalam sembahyang, perkara-perkara yang membatalkan sembahyang dan lain-lain.

Antara lain tujuan kursus itu diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai hukum-hukum sembahyang yang bersesuaian dengan Mazhab Syafie dengan peribadatan yang sempurna, di samping membantu menghalusi bacaan dan tatacara praktikal dalam ibadah sembahyang.

Haji Anwari semasa menyampaikan kursus.
Haji Anwari semasa menyampaikan kursus.
Antara para peserta yang menyertai kursus itu.
Antara para peserta yang menyertai kursus itu.

ARTIKEL YANG SAMA