Tingkat pengetahuan guru-guru

Tingkat pengetahuan guru-guru

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seramai 60 orang guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menghadiri bengkel Program Pembangunan Staf yang telah bermula 2 September lalu dan berlangsung hingga 16 September ini di dewan sekolah rendah berkenaan.

Program tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru-guru sekolah rendah khususnya dalam aspek kajian kerja dan profil pelajar masing-masing di samping sebagai sebahagian daripada visi ke arah Wawasan Negara 2035 dalam menyediakan kualiti pendidikan dan kemahiran individu yang tinggi.

Sepanjang bengkel tersebut, peserta dibimbing oleh dua orang guru dari Sekolah YSHHB sendiri, iaitu Vincent dan Jordan.

Antara guru yang menghadiri bengkel tersebut.
Antara guru yang menghadiri bengkel tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA