Tingkat pengetahuan Karate-Do

Tingkat pengetahuan Karate-Do

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Presiden Goju-kai Brunei Darussalam, Awang Muhammad Shukri bin Haji Masri bersama lima orang lagi perwakilan berlepas ke Malaysia bagi menghadiri Seminar Teknikal Asia Blok Goju-Kai Karate-Do Pertama yang diadakan bermula 28 hingga 30 Mei ini di Hotel Nouvelle, Selangor.

Seminar yang dianjurkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Karate-Do Goju-Kai (IKGA) cawangan Malaysia itu akan menampilkan pemudah cara Saiko Shihan (Grand Master), Goshi Yamaguchi serta empat lagi karate master dari Jepun. Menurut kenyataan di sini, pada seminar itu nanti para perwakilan akan diuji oleh Saikho Shihan dan master-master dari Jepun.

Turut menyertai Awang Muhammad Shukri ialah Setiausaha Agung Goju-kai Brunei Darussalam, Dayang Azlina binti Haji Abas dan ahli-ahli lama dan juga bakal menjadi jurulatih iaitu, Steven Song Vui Shen, Dayang Norashlawati binti Mohd Saidi, Lars Aki Johannes Bjorkblom dan Tony Onn Yong Chee.

Awang Muhammad Shukri dan para perwakilan lain berlepas ke Malaysia bagi menghadiri Seminar Teknikal Asia Blok Goju-Kai Karate-Do Pertama.
Awang Muhammad Shukri dan para perwakilan lain berlepas ke Malaysia bagi menghadiri Seminar Teknikal Asia Blok Goju-Kai Karate-Do Pertama.

ARTIKEL YANG SAMA