Tingkat pengetahuan perancangan kewangan

Tingkat pengetahuan perancangan kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Pasukan Pengurusan Kekayaan BIBD mengadakan taklimat perancangan kewangan kepada hampir 300 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Rimba.

Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada tujuan BIBD untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, sementara pada masa yang sama, menggariskan kepentingan bagi meningkatkan kesedaran bagi celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

Salah satu dari motif taklimat adalah untuk mencipta kesedaran kepada orang ramai mengenai kelebihan-kelebihan pengurusan kemewahan sekarang dan masa depan.

Ini juga dalam mendukung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada sambutan ulang tahun Baginda 15 Julai 2006 “…..keuntungan tambahan akan diterima oleh pegawai-pegawai dan pekerja kerajaan, boleh digunakan secara berjimat cermat, sambil untuk berjimat melalui perancangan kewangan bagi keperluan masa depan.”

Ini disokong oleh Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika perasmian hari Autoriti Monetori Brunei Darussalam (AMBD), “Orang ramai tahu dan memahami mengenai perkara kewangan perlu untuk dimajukan dan dipertingkatkan bagi menghasilkan masyarakat yang celik kewangan.”

Hajah Isnora ketika menyampaikan taklimat perancangan kewangan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Rimba.
Hajah Isnora ketika menyampaikan taklimat perancangan kewangan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Rimba.
Hampir 300 anggota TUDB mendengar taklimat daripada Pegawai Unit Pengurusan Harta BIBD, Perancang Kewangan Islam dan Konsultan Kewangan Berdaftar, Hajah Isnora.
Hampir 300 anggota TUDB mendengar taklimat daripada Pegawai Unit Pengurusan Harta BIBD, Perancang Kewangan Islam dan Konsultan Kewangan Berdaftar, Hajah Isnora.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Unit Pengurusn Harta BIBD, Perancang Kewangan Islam dan Konsultan Kewangan Berdaftar, Hajah Isnora binti Minudin.

Beliau memulakan dengan perkenalan umum mengenai perancangan kewangan dan kemudian menyentuh mengenai pemahaman paten perbelanjaan dan keperluan berbeza, memetik perbezaan di antara keperluan dan kemahuan, bersama dengan faedah berjimat terlebih dahulu sebelum membelanjakan gaji mereka.

Para peserta juga diberikan penerangan mengenai bagaimana cara terbaik menguruskan hutang mereka dan bagaimana untuk menyediakan diri mereka bagi sebarang kejadian yang tidak dijangka dengan mempunyai tabung kecemasan.

Beliau menasihatkan bahawa tabung kecemasan seharusnya mempunyai peruntukan sekurang-kurangnya tiga sehingga enam bulan dari perbelanjaan setiap bulan, dan akan dibangunkan dengan memperuntukkan setiap bulan sehingga jumlah yang dimahukan bagi tabung kecemasan dicapai (lebih banyak lebih baik).

Hajah Isnora juga mengambil peluang untuk memaklumkan para peserta mengenai perancangan kewangan dari perspektif Islam, melibatkan zakat dan pengagihan kemewahan seperti Wasiat Islam (Wassiyah), pemberian (Hibah), Amanah dan Waqaf.

Taklimat tersebut diteruskan dengan memperkenalkan dan penerangan mengenai produk-produk terbaru BIBD dan perkhidmatan dan berakhir dengan sesi soal-jawab bersama dengan individu secara sesi bersemuka bersama pekerja Bank BIBD yang membolehkan peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertanyaan kewangan mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sebarang perkhidmatan pengurusan kemewahan BIBD bersama dengan produknya, perkhidmatan lain dan promosi, bolehlah melayari akaun Instagram BIBD di BIBDBRUNEI; laman Facebook www.facebook.com/bibdbrunei; boleh menghubungi Pusat Pemedulian BIBD di 2238181 atau kunjungi Cawangan BIBD terdekat. Juga, boleh memuat turun Aplikasi Telefon Bimbit BIBD untuk mendapatkan tawaran terkini BIBD dan promosi di bawah ciri “What’s New”. Untuk memahami lebih lagi aktiviti di bawah Pengurusan Kekayaan BIBD bagi sesi Perancangan Kewangan Islam boleh menghantarkan e-mel kepada wmu@bibd.com.bn

ARTIKEL YANG SAMA