Tingkat pengetahuan seni Tai-Chi

Tingkat pengetahuan seni Tai-Chi

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Seramai 10 wakil negara termasuk Ketua Kontinjen, Woo Chung Heng daripada Persatuan Wushu Brunei berlepas ke Beijing, China pagi tadi bagi menyertai Program Pertukaran Pembangunan Kesihatan Antarabangsa, Tai-Chi Beijing 2016.

Acara selama dua hari itu bermula dari 18 hingga 19 Jun sebagai program pertukaran jemputan daripada ‘Beijing People Associate for Friendship with foreign Countries’ yang mana para peserta akan berkongsi pengalaman dan mengikuti beberapa seminar.

Seminar tersebut termasuk ‘Pembangunan Kesihatan dan Tai-Chi’ bagi meningkatkan teknik berkaitan seni mempertahankan diri tradisional cina yang disertai bersama para peserta dari negara-negara lain yang mengguna pakai seni Tai-Chi Quan, Tai-Chi Rouliqiu dan Health Qigong.

Ahli-ahli persatuan bergambar ramai sebelum berlepas ke Beijing, China.
Ahli-ahli persatuan bergambar ramai sebelum berlepas ke Beijing, China.

Tambahan lagi, mereka juga akan dibawa untuk membuat lawatan kebudayaan.

Program pertukaran ini diadakan setiap dua tahun bertujuan untuk mendedahkan kepada dunia akan budaya tradisi cina yang mempunyai sejarah yang begitu lama, dan sehingga kini Tai-Chi sudah menjadi sukan popular yang menarik penyertaan meluas antarabangsa.