Tingkat pengetahuan terhadap rasuah

Tingkat pengetahuan terhadap rasuah

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 21 Mac – Seramai 100 orang anggota polis berpangkat rendah bersama sembilan orang Pegawai Polis Daerah Belait menghadiri ceramah anti rasuah yang berlangsung di Dewan Bio Diversity Pejabat Perhutanan Jalan Andulau Sungai Liang, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin dan hadir selaku penceramah terdiri daripada Pegawai Divisyen Perancangan dan Perkembangan Integriti dari Jabatan Biro Mencegah Rasuah.

Tujuan taklimat ini diadakan ialah bagi pemberitahuan dan memperingati, seterusnya untuk berkongsi akan kesalahan yang ditakrifkan sebagai kesalahan rasuah bagi pemberi dan penerima rasuah.

Para anggota polis yang mengikuti ceramah tersebut.
Para anggota polis yang mengikuti ceramah tersebut.

Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan pada ceramah tersebut adalah mengenai apa itu rasuah, pengertian tentang rasuah, kesan serta akibat perbuatan rasuah dan akta kesalahan rasuah serta hukuman yang akan dikenakan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

Antara yang hadir pada ceramah tersebut terdiri daripada anggota-anggota Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Kuala Belait, Balai Polis Seria, Balai Polis Sungai Liang, Balai Polis Labi, Polis Keselamatan Padang Minyak LNG, Pasukan Polis Simpanan RU ‘n’ Kompeni Panaga, Unit Skuad Tindakan Segera PHQ Panaga dan Unit CID PHQ Panaga.

ARTIKEL YANG SAMA