Tingkat penguasaan Bahasa Arab

Menteri Hal Ehwal Ugama semasa berucap pada majlis itu.

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kecenderungan untuk belajar Bahasa Arab dan ilmu pengajian Islam di Negara Brunei Darussalam dapat dilihat daripada peningkatan jumlah pelajar yang menduduki calon sekolah Arab yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) daripada 30.89 peratus kepada 34.54 peratus pada tahun 2014 dan 2015.

Perkara ini lebih ketara dengan meningkatnya purata kemasukan pelajar ke peringkat universiti berlatar belakang pengajian Islam seperti Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di mana statistik pelajar mengikuti Program Ijazah Pertama dan Diploma Tertinggi bagi tempoh tiga tahun terkini menunjukkan kenaikan sebanyak 5 hingga 7 peratus.

Manakala itu, bagi kemasukan di Kolej Ugama Perguruan Agama Seri Begawan, sekalipun berlaku peningkatan sebanyak 10 peratus pada tahun 2016 namun telah mengalami penurunan pada tahun ini sehingga 9 peratus.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn