Tingkat persefahaman bidang agama

Tingkat persefahaman bidang agama

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Ahli Presiden Majlis Penasihat Republik Indonesia, Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.

Majlis yang berlangsung di Bilik Dhiyafah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu adalah bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam bidang agama antara kedua-dua buah negara.

Semasa perjumpaan itu, kedua-dua belah pihak juga bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara yang menjadi kerjasama bersama.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Nurul Qomar dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin menerima kunjungan muhibah daripada Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin menerima kunjungan muhibah daripada Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.

ARTIKEL YANG SAMA