Tingkat produktiviti sumber utama, tembusi pasaran eksport

Tingkat produktiviti sumber utama, tembusi pasaran eksport

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Perancangan strategik dan hala tuju dasar baru Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah ditekankan dalam sesi muzakarah kementerian berkenaan dengan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, hari ini.

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong, semasa mempengerusikan muzakarah berkenaan berkata, secara amnya, perancangan strategik dan hala tuju dasar baru kementerian akan memberikan penekanan kepada empat teras utama iaitu pertumbuhan, produktiviti, eksport dan kedayatahanan.

Menurut beliau, ia akan memberikan penekanan utama kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan keluaran dan produktiviti industri sumber-sumber utama dan pelancongan.

Ke arah ini, katanya, pihak kementerian akan menggiatkan usaha untuk memastikan agar keluaran daripada kegiatan-kegiatan industri sumber-sumber utama dan pelancongan akan terus meningkat dan tumbuh dari tahun ke tahun dengan berterusan dan pada kadar pertumbuhan yang cepat.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali semasa menyampaikan ucapan.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali semasa menyampaikan ucapan.
Ahli-ahli MMN (gambar bawah) dan antara para pegawai (gambar atas) semasa hadir pada muzakarah pagi kelmarin.
Ahli-ahli MMN (gambar bawah) dan antara para pegawai (gambar atas) semasa hadir pada muzakarah pagi kelmarin.

pg04_160202_c pg04_160202_d

Sasaran untuk meningkatkan keluaran, khususnya bagi kegiatan industri sumber-sumber utama, jelas beliau, bukan sahaja hanya setakat untuk memenuhi keperluan tahap sara diri dan keperluan domestik, ia juga untuk tujuan eksport dan tidak menjadikan saiz pasaran negara yang kecil ini sebagai alasan penghalang untuk maju, ujar beliau.

Yang Berhormat Pehin turut menekankan bahawa kementeriannya akan menggalakkan penggunaan teknologi terkini di mana ia akan dapat mengurangkan unit kos dan seterusnya menjadikan produk lebih kompetitif dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Di samping itu, pihak kementerian juga akan terus menggalakkan pelaburan sama ada pelaburan tempatan atau pelaburan asing langsung (FDI) bagi mendatangkan teknologi dan kepakaran yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan keluaran industri sumber-sumber utama dan pelancongan.

Manakala itu, dalam memastikan industri sumber-sumber utama dan pelancongan mampu berdaya tahan, penekanan juga akan ditumpukan kepada usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sahaja bagi sebarang aktiviti yang diungkayahkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi, akan tetapi penglibatan pihak swasta misalnya melalui pendekatan Public-Private-Partnership (PPP), outsourcing, dan lain-lain juga akan diterokai seluas-luasnya.

Sesi muzakarah pagi tadi itu diteruskan lagi dengan rombongan ahli MMN yang diketuai Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit dibawa melawat ke tapak-tapak industri akuakultur, Jabatan Perikanan di Daerah Brunei dan Muara.

Terdahulu, lawatan dimulakan di Kompleks Pendaratan Ikan Muara dan ketibaan para rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan, Awang Abdul Halidi bin Mohd Salleh serta para pegawai kanan Jabatan Perikanan, KSSUP.

Ahli-ahli MMN semasa mendengarkan taklimat daripada Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan.
Ahli-ahli MMN semasa mendengarkan taklimat daripada Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan.

pg04_160202_g

Ahli-ahli MMN semasa lawatan ke tapak-tapak industri akuakultur petang kelmarin.
Ahli-ahli MMN semasa lawatan ke tapak-tapak industri akuakultur petang kelmarin.
Lawatan ini bertujuan memberi peluang ahli-ahli MMN melihat lebih dekat kegiatan ternakan ikan dan udang yang diusahakan.
Lawatan ini bertujuan memberi peluang ahli-ahli MMN melihat lebih dekat kegiatan ternakan ikan dan udang yang diusahakan.
Tapak-tapak industri ternakan laut yang boleh menjana hasil yang memberangsangkan.
Tapak-tapak industri ternakan laut yang boleh menjana hasil yang memberangsangkan.

pg04_160202_j

Lawatan ini bertujuan memberi peluang ahli-ahli MMN melihat lebih dekat kegiatan ternakan ikan dan udang yang diusahakan.
Lawatan ini bertujuan memberi peluang ahli-ahli MMN melihat lebih dekat kegiatan ternakan ikan dan udang yang diusahakan.

Lawatan bermula di Tapak Industri Ternakan Ikan Tanjong Pelumpong yang mempunyai keluasan 40 hektar dan pada masa ini diusahakan oleh sebanyak 16 buah syarikat bagi penghasilan ikan laut dalam sangkar terapung.

Kawasan ini juga berpotensi untuk menghasilkan sejumlah 700 tan metrik ikan dengan nilai $7 juta setahun.

Dua buah syarikat yang dilawati itu ialah Syarikat Sea Neptune Aquarius Enterprise dan Syarikat AARR Reksi Fisheries yang masing-masing menghasilkan bermacam-macam jenis ikan laut dan ikan-ikan lain.

Ikan-ikan yang dihasilkan bukan sahaja dibekalkan bagi pasaran tempatan malahan telah menembusi pasaran eksport seperti China, Hong Kong serta Sabah dan Sarawak, Malaysia.

Lawatan kemudian diteruskan pada sebelah petang ke Tapak Industri Ternakan Udang, Pangkalan Sibabau yang terletak di Kampung Mentiri. Tapak ini terbahagi kepada dua zon iaitu Zon I dan Zon II dengan masing-masing mempunyai keluasan 50 hektar setiap zon.

Keseluruhan tapak ini berkapasiti untuk menghasilkan sejumlah 1,200 tan metrik udang laut dengan nilai $10.2 juta setahun dan jenis udang laut yang dihasilkan di kedua-dua zon ini ialah udang rostris.

Syarikat-syarikat yang telah dilawati pula ialah Syarikat Helif Aquaculture Sdn Bhd yang mempunyai tapak seluas 16 hektar di Pangkalan Sibabau Zon II dan Syarikat S.Kota Sdn Bhd dengan keluasan 11.6 hektar di Pangkalan Sibabau Zon I.

Penghasilan udang rostris ini juga bukan sahaja dibekalkan untuk pasaran tempatan malah berjaya menembusi pasaran eksport antaranya China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Australia.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli MMN untuk meninjau dan melihat dengan lebih dekat mengenai kegiatan ternakan ikan dan udang yang sedang diusahakan oleh syarikat-syarikat tempatan di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA