Tingkat rondaan sepadu

Tingkat rondaan sepadu

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dalam membincangkan strategi peningkatan rondaan sepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini, Balai Polis Sengkurong kelmarin telah mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua kampung dan para penghulu di bawah Mukim Sengkurong.

Perjumpaan tersebut dihadiri seramai 15 orang terdiri daripada para pegawai dan anggota Balai Polis Sengkurong, ketua-ketua kampung dan para penghulu yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Sengkurong, Inspektor Kanan Alfie Wayne Boyd.

Menurut satu kenyataan, di sini, perjumpaan ini juga diadakan bagi membangkitkan isu-isu kesejahteraan hal ehwal penduduk kampung dalam meningkatkan pencegahan jenayah di sekitar kampung masing-masing.

Dengan adanya perbincangan ini diharap dapat mencapai kata sepakat terhadap pembaikan tersebut dalam apa jua kekurangan yang dihadapi dalam membuat rondaan serta mengatur beberapa langkah dan strategi pencegahan jenayah dengan lebih efisien dari semasa ke semasa.

Antara mereka yang terlibat dalam perjumpaan di Balai Polis Sengkurong kelmarin.
Antara mereka yang terlibat dalam perjumpaan di Balai Polis Sengkurong kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA