Tingkat sektor budaya di rantau ASEAN

Tingkat sektor budaya di rantau ASEAN

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Mesyuarat bagi Pegawai-pegawai Kanan ASEAN mengenai Kebudayaan dan Kesenian (SOMCA) ke-12 berlangsung di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, bertujuan untuk menetapkan dasar dan strategi menggalakkan sektor budaya dan seni di rantau ASEAN.

Mereka membincangkan perkara mengenai Pelan Strategik untuk Kebudayaan 2016-2025 dan perkara utama untuk tema seperti Deklarasi Perisikan Kebudayaan Sebagai Nilai Strategik untuk Identiti Serantau; Kebudayaan Sebagai Teras Penggerak Perdana Keselamatan Sosio-Budaya; Identiti Serantau Sebagai Teras Penting dalam Maritim Laluan Sutera (Silk Road); dan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN selama dua tahun.

KementerianKebudataan, Belia dan Sukan dalam satu kenyataan berkata, hasil daripada perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan SOMCA dan SOMCA+3 tersebut akan dibawa pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Kebudayaan Kesenian (AMCA) ke-7 yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2016.

Mesyuarat SOMCA ke-12 dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, dan Pengarah Kebudayaan, Hartanah dan Muzium Indonesia, Harry Widianto selaku timbalan pengerusi.

Datin Paduka Dr. Hajah Norlila ketika mempengerusikan Mesyuarat SOMCA, bersama timbalan pengerusi mesyuarat berkenaan, Harry Widianto.
Datin Paduka Dr. Hajah Norlila ketika mempengerusikan Mesyuarat SOMCA, bersama timbalan pengerusi mesyuarat berkenaan, Harry Widianto.
Para perwakilan mendengarkan taklimat daripada Datin Paduka Dr. Hajah Norlila.
Para perwakilan mendengarkan taklimat daripada Datin Paduka Dr. Hajah Norlila.
Antara perwakilan SOMCA yang hadir ketika mesyuarat tersebut.
Antara perwakilan SOMCA yang hadir ketika mesyuarat tersebut.

Beberapa siri permesyuaratan iaitu SOMCA+3 dengan pihak luar juga akan berlangsung bagi membincangkan matlamat yang sama dan mekanisme budaya dan kerjasama seni. Mesyuarat SOMCA+3 ke-12 akan melibatkan negara-negara dari China, Jepun, dan Korea.

Sepanjang mesyuarat selama dua hari itu juga, para pegawai kanan turut memperhalusi draf deklarasi atau pernyataan bersama mengenai kebudayaan dan kesenian untuk disahkan oleh Menteri-menteri ASEAN pada mesyuarat dua tahun sekali mereka, Rabu ini.

Ini adalah kali pertama Brunei mempengerusikan AMCA untuk tempoh selama dua tahun dan pada mesyuarat itu nanti Bandar Seri Begawan akan diisytiharkan sebagai Bandar Budaya ASEAN 2016-2018.

ARTIKEL YANG SAMA