Tingkat semangat hadapi peperiksaan

Tingkat semangat hadapi peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Kira-kira 100 orang mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menghadiri Program ‘Kurapak Kitani’ Siri Pertama yang berlangsung di Dewan Jubli, universiti berkenaan, kelmarin.

Program anjuran UNISSA, melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Kementerian Pendidikan bersama Exco Unit Akademik dan Kepimpinan, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, itu telah dihadiri oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Awang Supri bin Haji Sudin selaku tetamu kehormat.

Dalam program berkenaan, Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, telah membincangkan tajuk ‘Balik, Buat Keraja, Main Game, Tidur’ dengan dipengerusikan oleh Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi, yang merupakan Mahasiswa Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usuluddin) Tahun 4.

Haji Ali Yusri bergambar ramai bersama warga UNISSA.
Haji Ali Yusri bergambar ramai bersama warga UNISSA.

Menurut kenyataan UNISSA, program ini diadakan sebagai persiapan bagi para pelajarnya sebelum menghadapi peperiksaan penghujung bulan November ini. Dengan adanya siri ‘Kurapak Kitani’, para pelajar diharap akan dapat menghidupkan kerohanian dengan pengisian yang berbeza dan mewujudkan perbincangan yang bertepatan dengan kondisi pelajar itu sendiri.

Program ini juga memberi peluang bagi pelajar untuk bersuara dan mengutarakan soalan dan pandangan tentang isu yang dibincangkan.

ARTIKEL YANG SAMA