Tingkat semangat hadapi peperiksaan

Tingkat semangat hadapi peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Sebagai persiapan menjelang peperiksaan akhir tahun, Politeknik Brunei telah mengadakan ceramah motivasi bagi 200 orang pelajar pengambilan ke-4 yang berlangsung di Dewan Teater, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), di ibu negara, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Awam, Hajah Azizan binti Dato Paduka Haji Othman, para pensyarah dari Sekolah Perniagaan, pegawai dan kakitangan Politeknik Brunei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ceramah telah disampaikan oleh Penceramah Motivasi Kepimpinan dan Keusahawanan Belia, dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awangku Kamal Ghadafi bin Pengiran Haji Suhaimi yang antara lain menggalakkan para pelajar untuk membuat persiapan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan.

Antara pelajar Politeknik Brunei yang menghadiri ceramah itu.
Antara pelajar Politeknik Brunei yang menghadiri ceramah itu.

ARTIKEL YANG SAMA